Study your flashcards anywhere!

Download the official Cram app for free >

  • Shuffle
    Toggle On
    Toggle Off
  • Alphabetize
    Toggle On
    Toggle Off
  • Front First
    Toggle On
    Toggle Off
  • Both Sides
    Toggle On
    Toggle Off
  • Read
    Toggle On
    Toggle Off
Reading...
Front

How to study your flashcards.

Right/Left arrow keys: Navigate between flashcards.right arrow keyleft arrow key

Up/Down arrow keys: Flip the card between the front and back.down keyup key

H key: Show hint (3rd side).h key

A key: Read text to speech.a key

image

Play button

image

Play button

image

Progress

1/11

Click to flip

11 Cards in this Set

  • Front
  • Back

Wang sebagai Ukuran

Semua urus niaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai wang.

Catatan Bergu

Setiap urus niaga harus direkodkan dalam dua akaun, satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan dengan amaun yang sama.

Entiti Berasingan

Sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit (entiti) yang tersendiri. Hanya urus niaga perniagaan dicatat dalam buku perniagaan.

Tempoh Perakaunan

Pembahagian hayat perniagaan kepada suatu jangka masa yang tetap kerana hayat perniagaan diandaikan berterusan.

Kos Sejarah

Kos sebenar yang dibayar semasa sesuatu urus niaga itu berlaku. Setiap aset dan perbelanjaan yang ditanggung hendaklah direkodkan mengikut harga tersebut supaya nilai aset berkenaan sentiasa dapat diketahui dan pelarasan susut nilai dapat dilakukan.

Usaha Berterusan

Perniagaan diandaikan wujud untuk jangka masa yang panjang dan berterusan.

Asas Perakaunan Akruan

Jumlah hasil atau belanja yang perlu direkodkan dalam buku perniagaan ialah jumlah yang sebenarnya patut diterima atau dibayar walaupun penerimaan atau pembayaran itu belum dijelaskan.

Ketekalan

Juga dikenali sebagai konsistensi. Kaedah perakaunan yang sama digunakan secara berterusan untuk setiap tempoh perakaunan. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan dalam penyata kewangan dan dapat memberi gambaran paling tepat tentang aktiviti perniagaan.

Materialiti

Suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butiran tersebut memberikan kesan terhadap penyata kewangan yang disediakan.

Konservatisme

Hasil dan Untung perniagaan direkodkan jika benar-benar berlaku. Jangkaan atau anggaran rugi direkod sebagai belanja tetapi jangkaan atau anggaran untung tidak dapat direkodkan.

Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama

Menurut konsep ini, nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan semula pada nilai asal, iaitu nilai kos sejarah tersebut tidak lagi menunjukkan nilai yang saksama.